Laporan Borneo Post pada 18 Ogos 2009 ada melaporkan pihak polis di Kuching telah berjaya memberkas seorang pencuri kereta yang berasal dari Sibu. Setelah diberkas, penjenayah itu telah membawa pihak polis ke tempat-tempat dimana kereta kereta yang dicuri telah disembunyikan. Mengikut rekod, penjenayah itu telah lima kali diberkas dalam 8 bulan ini.
Ini bermakna, tiap kali penjenayah ini ditangkap mencuri kereta dia akan dibebaskan oleh polis. Kita tidak tahu macamana dan mengapa dia dibebaskan, tetapi penjenayah ini sungguh licik hinggakan dalam kawalan polispun dia boleh bebas atau dibebaskan.
Di Lawas, setelah campurtanggan polis atasan barulah nampaknya kerja logi air di Trusan boleh diteruskan. Dalam penduduk Lawas sangat-sangat memerlukan punca air yang berterusan, ada tanda tanda pihak polis tempatan kurang berkesan dalam menjalankan tugas mereka.
Memang kita tahu polis bertindak mengikut undang-undang tetapi undang-undang apakah jika ada individu yang terang-terang mahu menyerang pekerja logi dengan bersenjatakan parang dan senapang?

0 comments:
Catat Ulasan