Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

TALAM DUA MUKA

Seperti ditempat lain, di Lawas ada bermacam-macam ragam manusia. Ada yang muka baik tetapi skandel kiri-kanan. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Perkara ini memang lumrah di kalangan orang-orang politik.

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Di depan pemimpin atau menteri dia baik, tetapi dibelakang menteri, habis dia kutuk termasuk memfitnah.

Pernah sebelum penamaan calon pada pilihanraya DUN yang lepas, seorang pemimpin masyarakat dikatakan terlibat dalam mengaturkan strategi calon bebas untuk melawan kepimpinan YB Datuk Amar Awang Tengah. Kita tidak tahu apa tujuan beliau tetapi orang seperti ini memang bahaya kepada masyarakat.

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Orang yang begini memang banyak dalam dunia termasuk di Lawas sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan.

Talam dua muka ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.

Talam muka juga amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang lain.

1 comments:

DatoSean berkata...

namakan saja org jenis ini.... buat apa nak jaga nama dia.

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals