Kalau ada satu isu besar yang harus dibincangkan di Lawas pada masa kini - bukanlah mengenai pencarian barisan pemimpin yang berwibawa atau soal menaiktaraf ekonomi masyarakat, tetapi semangat KADAYANISMA. Walaupun semangat ini hanya dicanang oleh segelintir, tetapi cukup untuk menganggu lanskap dan tren politik daerah ini.
Kadayanisma bersifat berpuak-puak, kitani-kamu dan paling tepat assabiyah. Assabiyah berasal daripada perkataan taasaba, iaitu suatu perasaan kekitaan yang menebal tanpa mempertimbangkan unsur kebenaran dan kesalahan, baik dan buruk atau layak atau tidak layak.
Fahaman assabiyah dikenali juga sebagai fahaman kesukuan atau keetnikan amat kuat dipegang oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Kesan daripada ketaksuban mereka terhadap keturunan dan suku masing-masing, pertentangan sering terjadi antara suku dan keturunan yang berlainan.
Fahaman assabiyah ini ditolak oleh Islam kerana ianya bercanggah dengan dasar persaudaraan Islam. Tambahan pula fahaman assabiyah akan menyebabkan seseorang itu tidak mengambil kira pertimbangan akal dan agama.
Dalam suasana politik di daerah, yang paling jauh dari ibukota ini, etnik Kedayan paling lantang meminta agar mereka diberikan jawatan penting seperti ketua pemuda dan sekarang kearah menjadi timbalan Ketua Cawangan.
Kadayanisma tidaklah berbahaya seperti komunisma yang pada satu ketika memporak-perandakan dunia, tetapi paling tidak semangat ini paling janggal tatkala pemimpin kita meracau mengenai 1Malaysia lebih-lebih lagi di daerah kecil seperti Lawas. Pada masa negara bersatu dalam lebuhraya 1Malaysia untuk memacu kehadapan, segelintir penduduk Lawas perfikiran mundur kebelakang dan semakin berpuak-puak. Pemikiran sesetengah masyarakat Lawas seperti yang disempitkan oleh perasaan kekitaan seolah-olah dipengaruhi oleh kedudukan daerah Lawas yang terhimpit diantara negeri Sabah dan Brunei.
Di Malaysia, kita mempunyai beratus-ratus etnik. Jika mengikut semangat dan tren Kadayanisma, akan tiba ketika etnik Penan, Lahanan, Semoi, dsb akan meminta kuota dalam politik Malaysia dan akan kembalilah kita ke zaman Arab kuno.
Islam memartabatkan perpaduan atau ukhuwwah. Ukhuwwah terbit daripada perkataan akh yang bermaksud saudara. Oleh itu, ukhuwwah dapat didefinisikan sebagai tali persaudaraan. Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan yang berlandaskan ikatan keagamaan.
Kepentingan ukhuwwah Islamiah atau perpaduan Islam sebagai tunggak sesebuah negara tergambar daripada langkah Rasulullah S.A.W. sendiri ketika pembentukan negara Islam yang pertama di Madinah.
Pemilihan Presiden kulit hitam, Obama telah menunjukkan kepada kita bahwa Amerika telah mendahului orang Islam dari segi melarikan minda daripada semangat kekitaan. Rakyat Amerika memilih orang yang paling layak bukan dari elemen ‘orang kitani’
Apa yang saya kalimut di atas ini adalah dalam suasana politik daerah sahaja, sedangkan pada hakikatnya etnik Kadayan mempunyai masyarakat yang ramah, ceria dsb, lebih-lebih lagi dengan budaya badudun. Dan tidak ramai yang berfikiran kekitaan lebih-lebih lagi yang sudah lama ba jao...
3 comments:
kita tidak boleh menyalahkan kelompok masyarakat yang mengamalkan bergrup-grup atau beretnik-etnik.Kadayanisma,bajauisma atau apa-apa saja etnik yang mereka anuti.Kerana sistem kehidupan memang sudah begitu sebelum Rasullullah dilahirkan kebumi ini.
Sebelum Nabi Adam a.s diturunkan kebumi,setan telah berjanji didepan Allah s.a.w untuk menggangu-gugat manusia.Bermulalah syaitanisma dan bermulalah juga malaikatisma.Biarpun isma-isma ini subjektif tapi ia memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan beragama manusia.Lahirlahlah Islamisma,kristianisasi,yahudis dan macam-macam lagi fahaman yang bertujuan untuk membahagiakan penganutnya.
Tidak dinafikan kadayanisma juga mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan masyarakat itu.Akan lahirlah kuasa subjektif dan semengat patriotisma seandai bangsa itu diperkotak-katikkan dalam urusan seharian atau melibatkan hargadiri tercabar.
Apakah kita boleh berbangga dengan kadayanisma ini?Sekadar Persatuan Kedayan yang entah kemana objektifnya dan matlamatnya.Orang kedayan Lawas masih bermimpi kosong.masih meraba dijalan yang lurus.
indik umpok sehingga picak.
Sallammulaikum..
Sejarah Lawas sebenarnya sudah lama menjadi saksi semangat asabiah ini udah menjadi darah daging terutamanya pada golongan pemerintah. Jangan salahkan kedayanisme, melayunizame, lunbawangnizame dan apa-ap nizame. Hata kalau dilihat dan diamati, saudara penulis juga tidak terlepas dari izeme-izeme ini. Tak tau saudara dari izeme yang mana, namun nyatanya saudara memang kelihatan agak 'Keget' dan 'Tekzut Katak' bila ada izeme lain yang mula memecah manapoli izeme anda. lalu keluarlah al-quran dan al-hadis demi meolak izeme-izem lain. Tapi kenapa tak keluar semua itu kalau sebelum ini. Jawabnya kerana sebelum ini tiada cabaran dan semuanya berjalan lancar... semua ikut telunjuk kelingking berkait! Kan kah gitu? Harus diingat sejak perlantikan Datuk Amar HATAH dan Datuk Hj. Awg. Daud (Allahyerham) dulu, saya percaya pun, atas semangat ini. "Jangan orang lain naik, mesti orang ketani saja". Sekarang Orang Kuala pula mesti naik, jangan orang lain. Bila orang lain naik macam Hj. Alikbar, mengapa tia bukan orang ketani naik. Lagi dahsyat bila Hj. Puasa naik, bah kedayan pulang naik. Maka timbulah ungkapan 'Kedayaneseme'. Apakah jadahnya ni! Maleyubruneinezame selama ini memenapoli inda jua orang riuh, bila kedayan bersuara sumbang pulang jadinya. Apa jadi dengan al-quran dan al-hadis "... orang berilmu dikalangan kamu adalah beberapa tingkat darjatnya di sisi Allah berbanding orang yang tidak berilmu...." ndadapat pakai kah? Kesimpulanya, sebenarnya kedayanizeme ani hanya ada timbul dikalangan orang yang tabal nizemenya seperti saudara dan saudaralah paling bahaya kerana cuba menyalakan api dan menyimbur pitrol subsidi kerajaan supaya api lebih marak membulak!!! Ingat penghasut tempatnya dineraka... nauzubillah
kadayan atau indak sifat ani semua bangsa ada bukan kadayan saja....jadi kepada uhang kadayan jangan takut cerita ani hanya segelintir keluhan masyarakat umum atas sifat biasa manusia.....fikirkanlah sendiri
tahailawas.blogspot,com
Catat Ulasan