Dengan perkembangan yang terakhir mengenai Baru Bian (BB) menjadi Ketua PR Sarawak, keadaan Nelson Balang (NB) bukan saja tersakit kaki malah mungkin rebah pada pilihanraya kali ini.
PR telahpun memberi impak yang nyata kuat dan telahpun membentuk kerajaan dibeberapa negeri di Semananjong Malaysia. Di Sarawak, penyokong mereka juga bertambah walaupun tidak begitu membimbangkan kerajaan yang sedia ada.
Akhir-akhir ini PR sedikit sebanyak memperlihatkan kelemahan mereka sebagai pemerintah dan juga percakaran sesama rakan parti mengusarkan penyokong fanatik mereka. DS Anwar Ibrahim juga sedikit demi sedikit kehilangan sokongan sejak beliau membohongi rakyat bagi mengambilalih kerajaan pada 16 september tahun lepas.
Tetapi di N70 yang menentukan tren pengundi bukanlah faktor PR itu sendiri tetapi lebih kepada faktor personaliti BB dan faktor NB. BB kelahiran Ba’Kelalan seorang peguam yang amat popular dikalangan bumiputera kerana beliau adalah pejuang hak tanah adat. Dalam 2 pilihanraya DUN yang lalu, NB tidak pernah menang selesa malah dibeberapa kawasan terutama di pedalaman, BB banyak mendahului NB. Mujur ada pengundi Melayu yang bersempadan dengan N71. Kalau tidak, NB tidak pernah merasa duit gaji sebagai YB.
Hampir keseluruhan Lun Bawang yang berpelajaran tinggi tidak menyebelahi NB kerana BB ditonjolkan sebagai seseorang yang berilmu yang boleh membawa kaum Lun Bawang melangkah seiring dengan putaran masa. Kaum ini juga merasakan mereka tertinggal dibelakang kaum Kelabit, oleh itu mereka memerlukan wakil yang tinggi pelajarannya.
NB, yang berkelulusan peringkat Diploma Perbankan - walaupun telah banyak membawa perubahan di Ba’Kelalan tetapi pengundi masih tidak yakin dengan kemampuan beliau untuk merobah nasib kaum mereka. Semasa pilihanraya lepas, NB dituduh sebagai orang yang tidak jujur dan kurang ‘alim’ dibandingkan dengan BB.
Sebagai ketua PR di Sarawak, secara kronologinya, BB boleh menjadi Ketua Menteri Sarawak jika PR memenangi pilihanaraya akan datang dan kita tidak hairan jika kaum Lun Bawang mengimpikan pencapaian ini. Ada desas desus mengatakan, penyokong BB sudah mulai berkempen secara senyap kerana sebagai Ketua, BB mesti menang dengan cara mana sekalipun. Sudah pasti banyak wang akan dibawa ke Ba’Kelalan untuk memenangkan BB.
Strategi BB memang betul kerana kekalahan BB akan membawa impak negatif kepada PR keseluruhannya. Sekarang terpulang kepada NB untuk menyusun strategi yang berkesan.
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex
-
* Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex *
Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan
dollar per hari) terdiri d...
2 tahun yang lalu
3 comments:
Pada pemerhatian saya,BB sukar untuk menang walaupun pada masa ini beliau adalah ketua penerangan PKR Sarawak.BB tidak pernah menang setiap kali pilihanraya.Entah apa sialnya kita tidak tau.Bercakap tentang BB ini,beliau adalah seorang penghasut dan mempunyai sifat perkauman yang kuat.Pemimpin yang penghasut dan perkauman tidak akan kemana-mana.Saya begitu hairan kenapa BB boleh dilantik menjadi Ketua Penerangan PKR Sarawak.Beliau adalah seorang yang tidak ada pendirian.Sekejap PBDS,bebas,dan sekarang PKR.Seseorang yang TIDAK ada pendirian amatlah mudah diperkudakan.Tidak hairanlah dia dipilih oleh Anuar.kerana semua orang tau Anuar suka memperkudakan seseorang.Saudara BB inibukan saja tidak disukai oleh penduduk tempatan,bahkan rakan-rakan beliau dalam PKR sendiri.Saya percaya BB ini TIDAK akan dapat membawa PKR menawan Sarawak pada pilihanraya akan datang.Jangankan Sarawak,Bekalalan pun saya fikir susah untuk di tawannya.Bercakap tentang NB,beliau perlu bekerjakuat terutama sekali pengundi-pengundi di Pengalih,Bekalalan dan Long Semadoh.kalau NB mendapat 50% saja di ketiga kawasan ini,peluang untuk menang adalah cerah,kerana sokongan kuat untuk beliau sudah pasti daripengundi melayu dan pengundi setia dari Bario.Kalau semua ini terjadi sudah pasti menjadi mimpi ngeri buat BB.Ya memang benar BB perlu menang di atas nama Ketua PKR.Kalau nak menangpun,perlu BB mencari kawasan yang selamat.Apa yang pasti bukan di Bekalan ataupun Bukit Sari.
Jangan takbur brother! PKR boleh menang besar baik di N70 atau N71. Pasti banyak duit tertumpah di sini. Penyumbang-penyumbang talian hayat YB Amar HATAH dan YB NB baik tak besedia. Perlu ingat, YB Amar HATAH mungkin baik, tapi kamu semua yang akan membuat ia rabah. KENAPA???
1. Bahagian dari kamu tidak guna, ambung dan bongkak - macam awang karim
2. Kamu bukan penyokong yang setia, cuma mau habuan dari YB saja, dapat tawaran menarik ramai kamu lintang pukang.. bulau mata!
3. Rakyat banci kan kamu, dapat kontrak cuai, mau untung banyak, keraja inda berkualiti- contoh Rumah PPRT, Baik pulih Masjid, tampat jalan kaki, turapan jalan raya, benteng sungai, buat gelanggang, dan banyak lagi
4. Sesetangahnya gila bini, skendal dan pemabuk
5. Mau migang jawatan tapi untuk kepentingan diri.
muak betul meliat muka kamu ani. ani tah yang di katakan harapkan sokong, sokong membawa rebah.... orang akan beralih arah bukan sabab orang banci kan YB Amar HATAH tapi muak dangan kamu.... beliau kena badinya sebab kamu...
Helo Bro saya minta demi datuk amar bongkarkan saja semua nama2 orang nya yang gila bini.....i akan sampaikan kat datuk amar dan minta buangkan saja mereka2 ni yang gila bini, gila arak dan buat projek tanpa quality ini dalam suangai lawas bg makan buaya...... sms kan pada saya... 0163408479 irfan shah
Catat Ulasan