Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

Satu lagi kemenangan DAP dan PR

Satu lagi kemenangan besar pihak DAP dan kuncu-kuncunya ialah apabila semalam Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan ‘Allah’ dikalimatkan oleh kaum Katholik Kristian. Bagi UMNO, ini adalah kekalahan besar lebih-lebih lagi apabila ada pihak yang mengatakan telah ramai anak-anak Melayu yang murtad dan ‘masuk’ Kristian.

Dengan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam semua artikel atau risalah pihak Kristian akan merancakkan lagi agenda mereka untuk memperkristiankan orang-orang Melayu-Muslim. Memang kita akui menanam akidah pada anak-anak terletak kepada ibu-bapa sendiri, tetapi kita tidak dapat lari dari faktor tarikan. Kita juga perlu akur tidak semua ibu-bapa boleh mendidik anak-anak mereka. Kita juga akur bahwa pihak kristian bekerja lebih keras daripada pihak Muslim dalam merekrut kaum Melayu menjadi kristian.

Penggunaan perkataan ‘Allah’ akan lebih mengampuhkan lagi senjata pihak Kristian terutama sekali terhadap sasaran yang cetek pengetahuan Islamnya. Memandangkan Muslim dan Kristian mempunyai Tuhan yang sama iaitu ‘ALLAH’, anak-anak kita sekarang boleh memilih antara Islam atau kristian kerana akhirnya mereka juga kononya akan menemui Allah.
Bagi anak-anak yang tidak sembahyang lima waktu atau yang suka berhibur, pastinya Kristian adalah pilihan. Setakat ini belum pernah guitar dibawa ke masjid. Lelaki dan perempuan tidak dibenarkan duduk bersama di dalam Masjid.

Memandangkan kebanyakan ahli DAP dan PKR terdiri daripada kaum Cina dan India yang berugama Kristian, maka kemenangan ini juga adalah kemenangan PR dan pada PRU akan datang pastinya PR akan mendapat lebih banyak undi.

Teringat saya cerita-cerita Melayu kuno mengenai ‘Menang sabung, kampong tergadai’. Diharap Anwar janganlah menjadi Melayu Pak Kadok jika menang PRU13 nanti - bangsa dan agama sendiri akan tergadai.

Sebagai mengakhiri, mari kita petik apa kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dipetik bernama:

"Sebenarnya, ramai orang bukan Islam di Malaysia menerima hakikat perkataan Allah yang Maha Esa itu dikhaskan hanya kepada orang Islam. Saya amat khuatir isu ini akan 'meletup' dan mesti ditangani dengan bijaksana.

"Dalam sesebuah negara majmuk seperti Malaysia, adat, budaya, konvensyen dan etika selain dari undang-undang memainkan peranan kritikal untuk menjamin keharmonian di antara kaum," katanya dalam kenyataan di sini malam Jumaat.

0 comments:

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals