Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

'Dilema Kedayan' Made in Merapok

Tun Mahathir setelah terpelanting dari UMNO menulis buku berjudul “Dilema Melayu”. Antara lain mengutarakan keluh kisah bangsa Melayu dibumi sendiri. Pada masa itu buku itu dianggap sensitif kerana menyentuh perhubungan antara kaum di negara ini.

Saudara Haris Majid terpelanting dari barisan pimpinan PBB Bukit Sari atas persetujuan diri sendiri. Beliau diminta berundur disaat saat akhir pengundian Timbalan Ketua Cawangan. Seperti Tun Mahatir, HM akan menulis cerita mengenai ‘Dilema Kedayan’

Kehadiran HM dalam percaturan politik Lawas dijaja sebagai wakil harapan dari suku Kedayan. Beliau dianggap berkelibar dan paling layak mewakili suku ini di peringkat lebih tinggi dari Ketua Pemuda yang sudahpun dibolot atas semangat Kadayanisma.

Tetapi sejarah tidak menipu dan HM bukanlah seorang kedayan tulin. Pada darah beliau mengalir darah Melayu yang berasal dari Brunei. HM dan Pemanca RM mempunyai ramai saudara-mara baik di Bandar Sri Begawan maupun di Punang. Nenek beliau pernah terlibat dalam pentadbiran Istana Brunei sebelum merantau ke Kampung Punang.

Memang benar pada tuboh badan HM bukan saja mengalir darah seorang pahlawan warisan Istana Brunei tetapi juga darah seorang perantau yang berani menghadapi cabaran. Walaupun sudah beranak-pinak dan fasih berbahasa ‘hantap banaa’ setelah menetap di Merapok, ayah beliau tidak pernah mengaku dirinya dari suku Kadayan. Malah ayah mereka pernah berpesan kepada anak-anak agar jangan lupa dengan paradian yang berada di negara Brunei.

Mengetahui diri berketurunan Melayu tetapi diwaktu yang sama menerima desakan penyokong untuk mewakili suku Kadayan dalam sepak terajang politik Lawas, melontar HM dalam dilema dan krisis personaliti. Malah kedengaran perkataan yang menuduh ‘Haris musang berbulu ayam’. Mengetahui lebih jauh, asal-usul emak merekapun bukan Kadayan tulin. Memang HM boleh dikatakan kacukan Melayu-Kadayan (Melayan) tetapi darah seorang ayah lebih pekat dari seorang ibu.

HM pernah bersuara di depan perwakilan Melayu Brunai yang beliau mengaku tidak pernah terlibat dalam menjaja jenama ekstremis Kadayanisma dalam kempen beliau. Pengakuan ini menunjukkan darah seorang pahlawan ala Liau Majid.

Klik untuk Peta Merapok

4 comments:

Kadayan Lawas berkata...

Auuu, banaa hantap tu Baayong. Andang muha atu bukan muha kadayan.

Macam anitah.. Jangan tah bapuak-puak. Kadayanisam ani bahaya. Berpecah kitani kaang.

Tanpa Nama berkata...

Munnya bukan kedayan mengapa mati-mati merebut Pengerusi Persatuan Kedayan?
Apa dah jadi dengan manusia seorang ani,gila kuasa,gila pangkat atau gilakan popular?Mengapa mereka-mereka ini masih inda sedarkan diri?Sampai bila mereka kan menipu orang-orang kedayan Lawas?
Adakah atas dasar inginkan menolong bangsa kedayan Lawas maka diri mengaku darah kedayan?Piirraahh,pergi mampuslah.Ingat kami terpedaya dengan janji-janjui retorik itukah?

Wahai insan,sedarlah,berpijaklah dibumi Tuhan yang nyata ini dengan penuh keimanan dan rasa tanggongjawap yang besar.Sekali kamu didapati menipu,sejuta kali kepercayan terhadap kamu akan menjadi sia-sia dan tak berguna,lenyap,kosong!

Wahai HM,sedarlah diri dari sekarang sebelum ada tangan-tangan ajaib yang akan merosakkan dan mengaibkan kamu.Jangan dipermainkan kadayanisma,jika tersalah langkah dan percaturan,kamu akan meninggit jari dan bermimpi yang ada hujung siangnya.

Kadayanisma bukan untuk perpecahan tapi sekadar sebahagian dari etnik yang ada dimuka bumi ini.
Mengapa tiada usaha dari persatuan kedayan untuk meninggitarapkan atau memperhebatkan bangsa ini dipersada kejaran masa dalam meraih ciptaan ekonomi yang dibanggakan.
Mengapa persatuan cuma pandai bercakap tapi liat untuk membuat.

Kekadang kita kasihan juga kerana ada 'tanjong kedayan' yang secara sinominya tempat lepak orang-orang kedayan.sekiranya tanjong itu untuk berdiskusi atau mencari sesuatu kaedah yang terbaik untuk memajukan bangsa kedayan itu,kita boleh terima.

Amde sidik,seorang bangsa kedayan yang berasal dari sipitang,cuma kita dapat tumpang bangga.Mana kedayan Lawas?????

Tanpa Nama berkata...

Ingat orang kedayan... itulah luan hati melayu brunei. Mereka takut banar kan hilang kuasa dab manapoli mereka selama ini.Manis mulut saja, hati buruk! Mereka anggap kedayaneseme atu satu ancaman besar bagi mereka. Nampaknaya ketani ani inda be erti di mata bisdia. Cuma melukut ditepi gantang. Kalaukan berlari bersama mereka, habislah ketani dipancung. Jangan mengalah, tuntut hak ketani. Lun Bawang=Bekalalan, Mrlayu-Bukit sari, Lawas mesti KEDAYAN!

Tanpa Nama berkata...

Patut jua Baunai inda galatkan Kadayan. Paloi hantap. Mana ada kawasan DUN Lawas! Malu ku jadi kadayan.

Memang kau atu buat malu kadikami saja.

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals