Sejak menjadi wakil rakyat, Baru Bian (BB) adalah pencabar yang paling kuat kepada Datuk Amar Awang Tengah (DAT). Pada pemilihan DUN 1991, BB yang mewakili parti PBDS telah memberi isyarat perwakilan ‘abai’ boleh ditumbangkan bila-bila masa jika suku Lun Bawang bersatu.
Pada pemilihan DUN tahun 2001, timbul pula muka baru dengan parti baru dalam arena politik Sarawak. Japar Suyut (JS) muncul sebagai harapan PKR untuk menumbangkan DAT. Dari segi bunyi sorak dan imej PKR ketika itu, JS dikatakan mempunyai harapan 50/50. Maka kecohlah pejabat PBB Lawas. Hingga ke hari ini nama JS masih disebut-sebut akan melawan DAT.
Pada akhir tahun 2010 atau awal tahun 2011, Sarawak sekali lagi akan mengadakan pemilihan DUN dan nampak gaya JS tidak ada minyak untuk membantu BB menjadi Ketua Menteri. Sebagai ketua PR di Sarawak, BB memang pening macamana menumbangkan DAT. Dalam perjumpaan BB dengan bakal perwakilan baru-baru ini, JS mengakui beliau bukanlah lawan DAT dan perlu ada muka baru.
Ketika ini BB mempunyai senarai nama penduduk Lawas yang berkelibar, baik yang masih berada di Lawas atau yang berada di tempat lain untuk menentang DAT. Strategi mereka ialah untuk menampilkan muka muda kerana ramai pengundi adalah golongan muda. Mereka tahu yang memenangkan PR di Semananjung ialah golongan muda dan BB juga tahu PBB Lawas tidak ambil berat dan menyisihkan golongan ini. Dengan strategi ini, bekas SAO secara automatis terkeluar dari senarai panjang.
Ada desas desus mengatakan, PR telah menjumpai seorang anak tempatan yang berpelajaran tinggi dan sekarang memegang jawatan penting di Kuala Lumpur. Walaupun persetujuan mutlak dari yang empunya badan belum dapat dipastikan tetapi PR amat yakin beliau adalah calon terbaik mengantikan JS.
Memandangkan DAT adalah menteri kanan dan ‘heavyweight’ dalam arena politik Sarawak, PR merasa susah untuk menyerang beliau. PR negeri akan beralih strategi dan memfokus kearah menyenaraikan ‘dosa-dosa’ ahli pemegang jawatan PBB Cawangan dan pemimpin masyarakat Lawas. ‘Dosa-dosa’ ini termasuklah skandel, harta, peribadi dan bermacam kecurangan yang dilakukan yang pasti secara tidak langsung mencalit DAT.
Maka kecoh sekali lagilah PBB Lawas.
0 comments:
Catat Ulasan