Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

Pokok Baobab dan Kerajaan PR

Pokok Baobab atau pokok Seumur Hidup atau dalam bahasa inggerisnya ‘Tree of Life’, terdapat di benua Afrika dan boleh hidup selama 800 tahun.

Walaubagaimanapun pokok yang berada di dalam gambar ini dianggarkan berumur 1500 tahun dan pokok ‘Tree Red Sherman’ atau General Sherman di Carlifornia menjangkau hingga 2200 tahun.

Baobab boleh menyimpan sehingga 300 liter air semasa hujan dan air itu disimpan untuk musim kemarau. Dalam budaya orang-orang Afrika pokok Baobab ini dipercayai keramat. Pada zaman kuno, mesyuarat raja-raja dan pemerintah-pemerintah orang-orang Afrika mengadakan mesyuarat dibawah pokok baobab bagi membincang perkara yang maha penting.


Kemaskini 10/11/09

Mewarisi pemerintahan zaman kuno Afrika, ialah wakil rakyat PR dari negeri Perak. Seperti kaum Abraha sebelum menyerang Mekah, wakil rakyat ini mengadakan mesyuarat dibawah pokok di tepi jalan di Ipoh.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

mun penulis sik tahu situasi atau political laws of perak,pastikan jangan dibicarakan isu itu.
Kenapa sehingga sekarang masalah Perak belum selesai?Kerana undang-undang yang dipakai baik BN atau PR adalah betul.
BN telah menghalalkan cara Rampasan kuasa yang mereka lakukan dan PR telah mempertahankan rampasan itu.
Kenapa tidak kembali kepada rakyat????????????
Rakyatlah yang menentukan siapa patut memerintah.Rakyatlah yang menentukan halatuju sebuah negara itu.Pemerintah atau Perdana Menteri cuma bertindak sebagai 'carok'.
Mengapa BN tidak menghormati kuasa rakyat?Kerana ada segelintir dari penguasanya gila kuasa,gila rasuah,gila harta,gila menyeleweng dan banyak lagi yang gila-gila.
Kalau mereka tak gila,apa salahnya beri peluang pada PR memerintah untuk satu penggal dan biar rakyat menentukan apakah pemerintahan PR itu relevan atau lebih baik dari BN atau sebaliknya?

Betapa teruknya pemimpin politik Malaysia kerana setiap hari bergaduh politik kerajanya.yang menjadi mangsa dan dimangsakan ialah rakyat.rakyat jadi bodoh dan diperbodohkan.rakyat jadi rosak.

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals