Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

PEMERINTAHAN ala YAHUDI?

Belumpun seleasi kisah pembinaan kuil dan kepala lembu selesai di Selangor, berlaku pula kekecohan antara peniaga melayu dengan MPPP dan ADUN Komtar di Pulau Pinang.

Seperti yang kita ketahui, kerajaan Yahudi Israel wujud dengan mengusir orang Palestin. Hapir sama berlaku di Pulau Pinang Selangor dan dimana kerajaanya di terajui oleh PR. Di Pulau Pinang, peniaga Melayu diusir dari tapak perniagaan yang mereka duduki sejak 24 tahun lalu.

Di Selangor, kerajaan 'usir' pembinaan kuil dari seksyen 19 ke Seksyen 23 atas pemintaan kaun India sedangkan majoriti penduduknya adalah Muslim. Kesan masa panjangnya - Melayu akan berpindah jika terdapat kuil yang lebih besar dari Masjid.

"Dalam lapuran Berita Harian keluaran 6 September 2009, di GEORGETOWN, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari parti DAP, Lim Siew Khim, dibaling dengan selipar oleh seorang daripada 40 peniaga Islam di Bazar Jalan Penang dalam kekecohan berlaku di pasar berkenaan.

Selipar itu mengenai bahagian belakang Lim yang ketika itu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik memberi penjelasan berhubung larangan MPPP menghalang peniaga daripada berniaga di depan Pasar Raya Mydin, Jalan Penang.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP), Rezal Fariz Mohideen turut mempersoalkan mengapa tindakan hanya disasarkan kepada peniaga Melayu sedangkan peniaga keturunan lain khususnya yang menjalankan perniagaan seperti perayaan `Hungry Ghost' dan Thaipusam tidak dikenakan tindakan.

Sementara dihari yang sama, di SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di'boo' lebih 200 penduduk Seksyen 23 yang menyertai sesi dialog di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, ketika menjelaskan isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Selain beliau, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail turut di'boo' lebih 10 kali oleh penduduk terbabit yang mendakwa kerajaan negeri lambat bertindak dan hanya mahu berdialog selepas ia menjadi isu nasional.

Pada 8 Ogos 2008, MB yang sama menghalalkan penjualan arak di Shah Alam tetapi terhad kepada bukan Muslim dan yang berumur 18 tahun ke atas. Memandangkan ramai pekerja 7-Eleven adalah Muslim maka, Menteri Besar ini membiarkan subahat berlaku dikalangan pekerja Muslim ini.

Pada dasarnya semua kerajaan di Selangor dan di Pulau Pinang perlu menjaga hati dengan lebih kaum-kaum tertentu demi mengukuhkan kuasa mereka di dalam parti dan kerajaan PR.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kehadiran kerajaan PR bukan untuk menolong Melayu tetapi untuk kaum lain. Sudah terbukti diatas.

Di Sarawak PR akan melantik kaum Iban sebagai Ketua Menteri. Itu janji Anwar.

Tanpa Nama berkata...

mana-mana kerajaan pun yang memerintah didunia ini tidak akan mahu melihat rakyatnya menderita kalau dia mau bertahan lama.
apakah pr tidak pandai memerintah atau itu cuma retorik bn setelah mereka kehilangan kepercayaan dan sokongan dalam pru yang ke 12 dulu.
macamana kalau ada orang mengatakan bahawa kita tidak pandai menjadi ketua dalam keluarga?
sememangnya kaum iban lebih layak memerintah sarawak kerana mereka adalah kaum majoriti.

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals