Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

Politik Nelson Balang Rining (NBR) mungkin berakhir.

Perkataan ‘Balang’ adalah nama yang paling popular digunakan oleh kaum Lun Bawang. Ianya merujuk kepada Tiger atau Harimau. Seperti Tiger Wood dalam permainan golf, pengunaan perkataan ‘Balang’ pada nama anak-anak bagi suku ini merujuk kepada kehebatan atau keberanian seseorang.

NBR telah menunjukkan keberaniannya apabila sanggup bersubahat menyingkirkan Sylvester Entri dari jawatan Setiausaha Agung parti SPDP. Dalam percaturan itu, timbul dua pihak dalam SPDP dan parti itu bergelut dengan kemelut sehingga sekarang. Seperti biasa, NBR menghadapi cabaran dan merasa bahang percaturan yang beliau mungkin tidak duga sama sekali.

Alasan NBR yang percaturan beliau adalah untuk memperkukuhkan kedudukannya pada PRU13 akan datang bagi menghadapi BB - ketua PKR Sarawak - tidak dapat diterima rakyat. Malah publisiti begitu secara psaikologi memperkukuhkan kedudukan BB. Ada yang mengatakan NBR tidak sabar berpolitik dan bermimpi untuk menjawat jawatan menteri.

Walauapapun, NBR bukan sahaja pencetus kepada masalah parti tetapi juga pencetus kepada kemenangan PKR di Bakelalan. Berdasarkan kepada kerosakan perpaduan di dalam parti SPDP dan keluhan masyarakat Bakelalan, dirasakan NBR tidak mampu bertahan dan akan kecundang bersama kecundangnya Bakelalan kepada PR. Selain dua faktor di atas, pengundi-pengundi Batu 5 hingga ke Trusan juga sudah kurang sebulu dengan cara NBR mengendalikankan masalah mereka.

Isu projek Hidro untuk Bakelalan tidak dapat diselesaikan oleh NBR malah Setiausaha Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ba’Kelalan mengeluh kepada press “……projek berkenaan ditunggu-tunggu oleh penduduk di situ sejak berpuluh tahun lalu”

Selain Hidro dan tenaga eletrik, projek jalanraya dari Lawas-Bakelalan juga dikatakan tergendala disebabkan oleh karenah NBR yang lebih banyak berpolitik daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Kalau adapun kejayaan NBR hanyalah satu – iaitu sebagai pencipta sejarah orang yang pertama menghadiahkan Bakelalan kepada pembangkang. Juga cabaran kepada rakyat Lawas (Bukit Sari) yang mungkin akan terkena tempias politik NBR. Anun Bala?

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

tunggu dan lihat

iRFANsHAH berkata...

Dato Sean @ CN

Anda pilih Baru Bian anda akan kehilangan projek jalan raya baru ke bakelalan yg akan bermula tahun 2013.

Tanpa Nama berkata...

bye bye

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals