Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

MENTERI Datuk Seri Ong Tee Keat KALAH?

Mengapa Menteri seperti OTK dan Robert Lau paloi hantap? Mengapa dia ikut rentak dan perangai Datuk Tony Fernandes yang bersifat penindas dan sombong. Fernandes telah banyak makan duit orang Sarawak sebelum MasWing ambilalih laluan Rural Air Service (RAS). Bukan itu saja, banyak perjalanan yang sebelum ini licin, menjadi kelam-kabut dan terbantut. Bario pernah mengalami kekurangan makanan disebabkan oleh kerakusan AirAsia. Lebihkurang 1,200 pekerja yang berkaitan penerbangan terjejas disebabkan oleh kerakusan AirAsia kononnya untuk memperbaiki perkhidmatan RAS.

Mengapa Robert Lau dan bossnya hendak menolong orang yang telah merugikan banyak business di negeri yang tercinta ini. Mengapa dua menteri ini tunduk kepada orang yang hanya mementingkan keuntungan sedangkan rakyat terseksa oleh AirAsia sebelum ini.

Tujuan Fernandes ialah untuk ambil laluan yang menguntungkan saja (pick the cherry) dan yang tidak untung diserahkan kepada MAS. Ini perangai dan tabiat gangster? Kita faham kedua-dua menteri pengangkutan 'kowtow' dengan AirAsia tetapi haruskah dilanggar perjanjian perjanjian MASWings dengan kerajaan?

Memang sudah diketahui laluan KK-Sibu adalah dalam pakej RAS dan pakej ini telah diserahkan oleh AirAsia dan kerajaan memulangkan kembali kepada MAS melalui MASWings. Semasa dalam gengaman AirAsia, mereka telah gagal memberi perkhidmatan yang memuaskan semasa mereka ambilalih perkhidmatan RAS (Rural Air Service). walaupun AirAsia mendapat keuntungan yang besar atas subsidi kerajaan. Apakah kita percaya, Fernandes yang sombong dan tunjuk pandai, mengaku dirinya dipaksa untuk menyerahkan laluan itu?

Sebagai rekod, The Borneo Post Business, keluaran 29 Julai 2009 melapurkan AirAsia berhutang dengan kerajaan RM65 juta bagi bayaran caj kemudahan yang disediakan oleh Malaysia Airport Berhad (MAB).

Sekarang kita tidak hairan mengapa menteri boleh dipermainkan oleh AirAsia, sedangkan kerajaan (MAB) boleh dibuli sedemikian rupa.



(Berikut ialah Lapuran Berita Harian pada 12 August 2009)
Laluan KK-Sibu eksklusif untuk pengendali RAS

PENERBANGAN Malaysia (MAS) menafikan memaksa AirAsia Bhd keluar dari laluan Kota Kinabalu-Sibu, sambil menyatakan bahawa ia hanya mengikut perjanjian perkhidmatan luar bandar (RAS).

"Laluan Kota Kinabalu-Sibu adalah eksklusif kepada pengendali RAS kerana AirAsia telah memohon hak eksklusif laluan itu semasa anak syarikatnya, FAX, mengendalikan RAS," kata syarikat penerbangan kebangsaan itu dalam kenyataannya.

Pengarah Urusan MASwings, Mohd Salleh Tabrani, dalam kenyataan itu berkata, AirAsia meminta hak eksklusif terhadap hampir keseluruhan laluan udara di Sabah dan Sarawak, termasuk laluan Kota Kinabalu-Sibu, semasa rasionalisasi perkhidmatan penerbangan domestik.

"Semasa pelaksanaan rasionalisasi perkhidmatan penerbangan domestik pada Mac 2006, MAS diminta menyerahkan operasi RAS untuk diserahkan kepada AirAsia. Ini termasuk hak menawarkan perkhidmatan di antara Kota Kinabalu dan Sibu.

"Hanya anak syarikat AirAsia, FAX, mempunyai hak eksklusif untuk terbang pada laluan ini, justeru, tiada sebarang kebenaran kepada dakwaan AirAsia bahawa kami memaksa mereka keluar dari laluan Kota Kinabalu-Sibu," kata Mohd Salleh.

Perjanjian RAS itu meliputi hak eksklusif bagi laluan Sabah dan Sarawak yang mana syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan itu diberikan hak pertama di Sabah dan Sarawak.

"AirAsia telah diberi pilihan mengendalikannya pada 2006, mendapat lebih banyak subsidi berbanding MASwings bagi ruang perkhidmatan udara yang sama, tetapi telah menyerahkan RAS kembali kepada MAS apabila menyedari laluan itu tidak menguntungkan dan kini memutuskan memilih dan beroperasi di laluan yang menguntungkan saja," kata Mohd Salleh.

"Ini tidak boleh diterima kerana ia membabitkan wang pembayar cukai. Kami melaksanakan subsidi silang bagi laluan yang menguntungkan seperti Kota Kinabalu-Sibu dengan laluan lain yang tidak menguntungkan," katanya.



THE STAR Wednesday August 12, 2009

MASwings denies forcing AirAsia out of route

PETALING JAYA: MASwings has denied AirAsia’s allegation that it forced the budget carrier out of the Kota Kinabalu-Sibu route, claiming that it is merely following the rural air services agreement that is in place.

MASwings managing director Mohd Salleh Tabrani said it is a breach of agreement to allow AirAsia to fly the route.

AirAsia, through its subsidiary FAX, took over the rural air services from Malaysia Airlines in 2006 but handed the services back to the national carrier 13 months later.

MASwings protested when AirAsia started providing Kota Kinabalu-Sibu flights in May this year.

Mohd Salleh said in a statement that when FAX operated the rural air services AirAsia demanded exclusive rights to almost all air routes within and intra Sabah and Sarawak.

“AirAsia was given the choice to operate it in 2006 and it got more subsidy than MASwings for the same scope of air services. It then quickly surrendered the services back to Malaysia Airlines when they realised how unprofitable the routes were. Later, they want to cherry pick and operate only on profitable routes,” he said.

“This is not acceptable as taxpayers’ money is involved,” he said.

MASwings would need to review the current commitment it has given to the Government, said Mohd Salleh.

AirAsia chief executive officer Datuk Tony Fernandes said last week the airline was asked to cease operations from Oct 25 as the sector came under the exclusive right of the rural air service operator.

1 comments:

DatoSean berkata...

LU TAK SUKA LU JANGAN NAIK AIR ASIA LA.. APA LU BISING BISING.. LU CAKAP BANYAK TAPI MAU NAIK AIR ASIA JUGAK.... BODO LA LU NI

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals