Perkembangan politik dunia yang menuntut perubahan bakal menjadi tunggak kepada PR untuk terus mara dan ingin menakluki Sarawak pada DUN akan datang. Sejauh mana PR mempunyai stamina dan sejauh mana BN dapat mempertahankan kubu mereka tertakluk kepada persediaan masa kini.
Dalam lapuran Sinar Harian pada 24 Februari 2010, Naib Presiden PAS, Sallehudin Ayub dengan penuh yakin berkata ".... pembangkang sedia menggempur dan yakin akan menawan Sarawak dalam pemilihan DUN akan datang.." Keyakinan beliau berdasarkan "... kecemerlangan dan kempen telah dimulakan termasuk sessi penerangan serta ceramah-ceramah dianjurkan di kawasan-kawasan kampung..."
Dengan senyap-senyap PR telah mulai masuk kampung-kampung di Sarawak dan memulakan serangan terhadap lawan mereka. Sasaran mereka yang pertama ialah di kawasan-kawasan yang wakilnya kelihatan lemah dan tidak efektif. Di bahagian Limbang, PR telah memulakan kerja dikawasan Batu Danau kerana dikatakan wakil Rakyatnya sudah 'kurang sebulu' dengan Ketua Bahagian yang ada sekarang.
Ada juga yang merasakan, YB Nelson akan tersungkur pada kali ini bukan sahaja disebabkan oleh kekuatan Baru Bian sebagai Ketua PR Sarawak tetapi kemelut yang dihadapi oleh parti SPDP dimana YB Nelson adalah Setiausaha Kehormatnya.
Dalam PR sudah memulakan kerja sehebat api dalam sekam, apakah yang dilakukan oleh pekerja-pekerja BN Bahagian Limbang dan Lawas. Yang pastinya mereka masih khayal setelah selama 5 hari berada di Bandaraya. Apa tidaknya, semasa Mesyuarat Agung PBB 12 baru-baru ini, mereka duduk di Hotel yang selesa dan bermesyuarat di pusat konvensyen yang bertaraf dunia.
Tetapi keselesaan itu akan pasti hilang jika kali ini mereka akan ambil mudah kehadiran PR di Sarawak. PR telah menampakan taringnya di Semananjung Malaysia pada PRU12. PR juga telah membuktikan yang negeri-negeri dalam pemerintahan seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang tidak boleh diganggu gugat walaupun di Perak mereka tersalah langkah.
Di dalam internet dan begitu juga dalam akhbar-akhbar PR, BN dan personaliti-personalitnya telah dserang bertubi-tubi dari semua arah. Malah Mahkamah, Polis dan agensi-agensi lain juga tidak terkecuali dari serangan yang mengigit lagi tajam.
Pokoknya bolehkah BN dan orang-orangnya bertahan dengan serangan-serangan yang begitu teratur lagi sistematik ini. Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, pembangkang akan berikhtiar untuk merampas Sarawak dengan mempergiatkan kempen dan program parti.
2 comments:
Datuk Amar tidak mungkin tumbang, ngaya mungkin undi PR akan bertambah. Bukan orang benci dngan datuk tapi orang sakit hati meliat perangai agas-agas yang mengelilingi datuk. Kan mengisap darah saja kebuluran duit, skendal dan gila jawatan. Tapi inda mau berkhidmat. Biskita yang kalau sayang datuk baik tah di ingatkan. Agas-agas tu kan cari kesempatan nganya tu. Kalau ada datuk bukan main berkhidmat usulnya, tapi bila datuk balik taik idungnya pun nada kan diliat. Cubatah biskita kenal pasti siapa urang atu.....
salam,
adalah suara-suara sumbang yang inginkan supaya Datok Amar menamatkan perkhidmatan pemimpin kampong yang kurang aktif, berdayasaing dan kurang produktif.Mereka-mereka ini cuma barah yang jadi perosak kepada perpaduan rakyat.Mereka tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya.
Tengoklah apa dah jadi dengan ketua kampong Sualai,setelah 5 tahun memegang tugas,satu apapun belum ada dibuatnya.Asyiknya menyalahkan penduduk saja sekiranya sokongan yang diminta tidak mendapat restu.Padahal dia tidak pernah menghargai penduduk kampong,Tidak pernah turun padang dan kalau pasal main judi semasa majlis perkahwinan penduduk kampong,dia yang terkedepan.Jangan mimpilah kan melarang.jauh panggang dari api.
aku pun heran jua mengapa kerajaan memilih ketua kampong yang macam ani.Low popularity,low integrity,no credivility.
ada kuterbaca dalam papers 5 tahun yang lepas,'sesiapa ketua kaum yang bermasalah akan ditamatkan perkhidmatannya'.tapi sehingga kini tiada seorang pun telah ditamatkan biarpun yang bermasalah itu banyak.Mengapakah pihak-pihak tertentu sanggup membohongi rakyat?????
Catat Ulasan