Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

Haji Ladis - Buta hati atau Salah Strategi?

Pemancha Haji Ladis Pandin (LP) adalah nama yang tidak asing lagi di Kota Limbang sejak beliau berkecipung dalam parti BN sehingga menjadi Ketua Masyarakat yang disegani. Beliau dihormati sebagai ketua etnik Kedayan yang popular baik dikalangan masyarakat bawahan maupun pemimpin atasan.

Pada Pilihanraya Negeri ke10, LP lebih popular tetapi atas sebab yang berbeza, iaitu memusnahkan keharmonian masyarakat Limbang. LP turun gelanggang sebagai Ayam Sabong Bebas yang ke 2, selepas Usop Jidin, menentang Dr Abdul Rahman Ismail (BN) di N68 Bukit Kota.

Setelah hanya mendapat 353 undi dan hilang wang pertaruhan barulah LP tersedar dari tidur bahawa perjuangan beliau bukan hanya sia-sia malah membuang duit dan tenaga beliau. Beliau meniupkan semangat Kedayanisma yang tebal. Kononnya, Bukit Kota harus diwakili oleh kaum Kedayan dan bukan kaum Melayu Brunai.

Dari semangat Kedayanisam ini, LP adalah seorang pemimpin yang gagal dan tidak tahu menilai suasana sebenar hidup bermasyarakat di Malaysia, khususnya di kawasan Limbang. Dari awal lagi LP sering merimaskan pemimpin atasan kerana beliau dikatakan sering meniup semangat kedayanisma. Sebagai seorang Pemancha, LP seharusnya tidak mengamalkan perjuangan yang sempit lagi menyempitkan seperti yang dipraktik beliau.

LP mengambil kesempatan atas persepsi kekuatan parti pembangkang di Sarawak dan beliau berhasrat menghukum calon BN dengan memecah pengundi pengundi categori Melayu/Kedayan untuk memberi laluan kepada Leong Kwang Yew, calon DAP. Strategi ini jelas menunjukkan beliau seolah-olah bertindak sebagai penghianat bangsa.

Kalau alasan terjun gelanggang untuk memenangi pilihanraya, maka LP adalah seorang yang bukan saja mencuit hati tetapi jelas buta hati. Beliau tahu dengan hanya berbekalkan semangat kedayanisma dan mengharapkan pengundi-pengundi kaum Kedayan, beliau tidak akan beroleh kemenangan.

Bermula 6 hb April 2011, Haji Ladis Pandin juga akan diingat sebagai Bapa Perpecahan communiti di Limbang dan mungkin akan mengakibatkan sentiment ini akan merebak ke kawasan N71 Bukit Sari. Sama seperti parti DAP, LP meniup kuat sentiment perkauman.

Sebelum ini semua kaum bersetuju dan akur dengan pilihan pemimpin untuk kebaikkan bangsa tetapi sekarang LP telah membawa kuman yang lebih merbahaya daripada DAP. Seditkit sebanyak kuman itu akan perlahan meracun pemikiran golongan muda.

Disarankan, Datuk Amar Awang Tengah tidak akan berlembut terhadap agen-agen perkauman seperti LP dan PBB Lawas dan Limbang sepatutnya mengeluarkan satu resolusi untuk membendung ‘kuman perkauman’ seperti ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals