Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

DAP (PR) Double Standard

PULAU PINANG 21 Mei - Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekali lagi didakwa mengamalkan 'double standard' apabila membenarkan sebuah hotel di Jalan Hutton, di sini beroperasi tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ketua Pemuda Pusat, Parti Cinta Malaysia (PCM) Liew Yeow Hooi berkata, sehingga kini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tidak mengambil tindakan terhadap pemilik hotel tersebut yang meletakkan pasu bunga besar di kaki lima dan menutup laluan awam di bahagian belakang.

"Guan Eng sering menyatakan bahawa tiada pilih kasih dalam apa jua perkara yang dilaksanakan seiring dengan slogan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).

"Namun, dalam isu ini, aduan telah dibuat kepada MPPP sejak Disember tahun lepas tapi MPPP masih gagal bertindak mengikut undang-undang.

"Saya syak ada pihak yang telah menyalahgunakan kuasa dalam isu ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin ini supaya menyiasat perkara tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals