Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

Kejayaan PKR dan DAP Mentarbiah Pengikutnya.



Beberapa keratan FB daripada seorang yang bergelar manusia paling tidak sopan link di bawah ini.

http://2.bp.blogspot.com/-KxJWVu-6s8w/TdNqMl2izUI/AAAAAAAAAug/94TBdpuGE2c/s1600/NN.JPG

http://4.bp.blogspot.com/-cd9FsEWtuGs/TdNq6uK0zYI/AAAAAAAAAu4/46tCmO26nG4/s1600/RM.JPG

http://1.bp.blogspot.com/-Bunfq49zCfU/TdNq65BsbKI/AAAAAAAAAvA/S3GEDEO9K1w/s1600/RS.JPG

PKR dan DAP telah berjaya mentarbiah dan mendidik penyokong mereka agar taksub kepada perjuangan mereka. Apa saja yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin BN sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini dianggap sebagai busuk dan salah.

Penyokong PAS, PKR dan DAP bukan setakat menolak pembangunan yang dibawa oleh BN malah sanggup untuk mendoakan pemimpin lawan politik mereka itu dengan pelbagai doa yang tidak pernah terfikir oleh umat Islam yang waras.

Siapa tidak tahu PAS dulu selalu mendoakan agar Tun Mahathir pecah perut kerana memecat Anwar. Ribuan solat hajat dibuat agar Allah menunjukkan kebenaran. Malangnya, kebenaran yang ditunjukkan Allah sengaja pula mereka buat-buat tak nampak.

Inilah hasil tarbiah PAS. Mereka ini telah buta mata dan buta hati. Kiranya Tun tidak berjasa kepada mereka, hari ini, mereka tidak tahu bagaimana untuk mengetuk papan kekunci untuk mengeluarkan kata-kata kesat kepada Tun.

Inilah Melayu hasil didikan PAS, PKR dan DAP. Baca sendiri komen mereka yang aku petik di bawah dan nilaikanlah sendiri. Jika kepada pemimpin agung yang merubah negara ini kepada negara membangun yang disegani dunia pun mereka sanggup mendoakan mampus, bayangkan tahap tarbiah yang telah ditanam oleh PAS kepada mereka.

Terkini, berita yang dipetik oleh Malaysiakini mengenai Tun Mahathir yang dimasukkan ke IJN telah dikomen oleh penyokong PAS, PKR dan DAP dengan celaan dan kata-kata nista hingga ke tahap mendoakan beliau "mampus". Sila lihat link di bawah

http://malaysiakini.com/news/164392

0 comments:

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals