Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

Perkasa Bahasa Inggeris: Anwar bohong

JOHOR BAHRU 21 Mei - Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkasakan bahasa Inggeris (BI) jika pakatan pembangkang memerintah adalah pembohongan semata-mata kerana ketika menjadi Menteri Pelajaran beliau tidak berbuat apa-apa untuk memperkukuh bahasa itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kenyataan Ketua Pembangkang itu yang dibuat dalam segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time kelmarin adalah untuk meraih sokongan politik semata-mata.

"Anwar tidak perlu berbohong dalam hal ini, berjanji sana, berjanji sini. Masa jadi Menteri Pelajaran dulu apa dia buat untuk memperkasa bahasa Inggeris? Dia tak buat apa-apa pun dan kenapa sekarang pula isu ini dibangkitkan.

"Sebenarnya dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang kita ada sekarang sudah cukup untuk memperkasa bahasa Inggeris," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Tun Fatimah 2011 di Dewan Bestari Sekolah Menengah Tun Fatimah, di sini hari ini.

Beliau berkata, dasar itu sememangnya relevan dan usaha memperkasa bahasa Inggeris ditambah lagi dengan melantik 355 guru yang pakar dalam bahasa tersebut untuk ditempatkan di 1,800 sekolah.

Di samping itu, katanya, kementerian juga sedang melatih 10,000 guru bahasa Inggeris baru dan pada tahun lalu seramai 12,000 guru bahasa itu berjaya dilatih.

"Selain itu, melalui transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kita telah menambah 90 minit masa untuk pelajaran bahasa itu menjadikannya 330 minit," katanya.

Pada masa sama katanya, kementerian turut mempelawa bekas 300 guru bahasa Inggeris untuk kembali mengajar dan 60 daripadanya telah menyatakan persetujuan.

Bekas guru tersebut katanya, akan ditempatkan di kawasan mereka menetap sekarang dan tidak akan dihantar ke daerah yang jauh atau pun ke luar negeri.

Sementara itu, katanya, empat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) akan beroperasi dalam tahun ini di Banting, Selangor, Batu Pahat (Johor), Nilai (Negeri Sembilan) dan Setiu (Terengganu).

Beliau memberitahu, kos pembinaan SBPI di Banting menelan kos RM52.9 juta, Batu Pahat pula RM45 juta, Nilai (RM43 juta) dan Setiu (RM48.5 juta).

Setiap SBPI itu katanya, mampu menempatkan 900 pelajar dan pertambahan tersebut menjadikan jumlah sekolah jenis berkenaan sebanyak 16 buah di seluruh negara.

0 comments:

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals