Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam musnad Imam Ahmad: “tidak ada seorangpun daripada sepuluh orang raja (pemimpin), melainkan dia datang pada hari kiamat kedua-dua tangannya terbelenggu di belakang lehernya….. kerana dia memain-mainkan keadilan, maksudnya dia merosaknya dan menganiayanya”

Jenayah Meningkat: Kehendak Pembangkang?

Jenayah tembak menembak yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini meresahkan semua pihak. Hampir setiap hari ada sahaja pembunuhan terancang berlaku. Dari apa yang dilaporkan, semua pembunuhan ini nampaknya dilakukan oleh pembunuh professional atau pembunuh upahan di mana sasarannya telah dikenalpasti lebih awal dan mempunyai motif tertentu.

Dalam kata lain, ia bukan pembunuhan rambang atau rompakan.Pihak polis telah mengenalpasti beberapa suspek dan mendapati kebanyakan mereka merupakan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. EO adalah sebahagian dari Akta ISA yang telah dihapuskan ekoran desakan dan asakan hebat dari pembangkang.

Akta EO(Emergency Ordinance) dan ISA (internal Security Act) membolehkan mereka yang disyaki membahayakan masyarakat dan negara, ditangkap atau dikenakan tahanan rumah iaitu satu tindakan ‘mengurung’ dan ‘mencegah’ mereka dari merancang operasi jenayah.

Pembangkang telah berhujah bahawa Akta ini tidak adil kerana ia membolehkan seseorang dihukum atau ditahan tanpa bicara sedangkan jenayah belum lagi dilakukan mereka. Kata pembangkang, tindakan ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Lagipun, kata mereka, rakyat Malaysia telah terdidik dengan baik dan tidak lagi memerlukan sebarang Akta yang tidak bertamadun sebegini. Akhirnya, kerajaan menerima hujah pembangkang. Sejurus selepas itu, seramai lebih kurang 2,000 tahanan EO di Simpang Renggam telah dibebaskan.Pembangkang pun begitu bangga mendabik dada atas kejayaan mereka menegakkan hak asasi manusia dan memperjuangkan keadilan dalam negara.

Namun, apa yang dikhuatiri oleh pihak polis yang meragui keputusan untuk menghapuskan Akta tersebut kini menjadi nyata. Hari ini, penjenayah tegar, kepala samseng, pembunuh upahan kembali menyambung perancangan mereka yang tergendala apabila ditahan. Mereka juga pastinya mempunyai rancangan baru. Hasilnya ialah apa yang dapat kita lihat pada hari ini di mana kejadian tembak menembak menjadi-jadi.

Apa yang berlaku menyebabkan rakyat marah dan geram serta menyalahkan pembangkang. Rakyat juga musykil mengenai motif sebenar pembangkang untuk melepaskan penjenayah serta meletakkan negara dalam keadaan cemas. Menyedari masyarakat kini mencemuh mereka, pembangkang terpaksa mencari jalan mengalih pandangan rakyat ke arah lain. Maka, muncullah video-video program-program anjuran kerajaan yang dikatakan sebagai mengalih perhatian polis sehingga terlepas pandang terhadap jenayah yang berleluasa. Kononnya, polis tidak menumpukan perhatian pada kerja yang penting kerana sibuk mengawal program kerajaan. Muncul juga saranan agar menambah pasukan polis bantuan atau polis swasta bagi membantu mengawal keadaan.

Namun, rakyat lebih tahu bahawa penyelesaiannya sebenarnya terletak kepada Akta EO dan ISA. Kembalikan saja akta tersebut dan tidak perlu melalut melilau terpinga-pinga mencari jawapan. Tidak perlu dijaga air muka lagi atau ego sesiapa lagi. Ini adalah soal nyawa rakyat dan keselamatan negara. Ini adalah soal kestabilan dan imej negara. Dan jika berlarutan ia boleh menjejaskan ekonomi negara.

Justeru, pembangkang perlu mengaku sahaja bahawa mereka telah tersalah langkah. Mengaku sahaja bahawa idea mereka untuk menghapuskan Akta-akta pencegahan adalah idea yang tidak bijak.Maka, pembangkang wajar mendesak dan mengasak kerajaan sekali lagi agar mengembalikan akta tersebut dan bukannya menghentam polis atau mengambil sikap tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku kini. Hakikatnya, pembangkang turut bertanggungjawab ke atas jenayah yang berlaku akibat dari penghapusan Akta ISA dan EO.

0 comments:

Catat Ulasan

Grand Design

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals